Friday, 15 June 2012
Mengapa harus ada Dia dan Dia ?
Kenapa hati aku tak tenang bila dpt berita tu ? Puas aku nafikan yg aku x kisah, aku x peduli, aku baik2 saja, tapi kenapa jauh di sudut hati aku, aku rasa takut yg teramat. Takut kehilangan sesuatu yg sgt bermakna bg aku. Sesuatu ? Bukan, bukan sesuatu tapi seseorang. Ya Allah, tenangkan lah hati aku ini.
Wahai hati, kenapa kau perlu ada perasaan mcm ni ? Kenapa kau berharap pd sesuatu yg x pasti akan jd milik kau ? Kenapa? Hati, berhentilah menyeksa aku. Perasaan aku berbelah bagi. Ya Allah, knp dalam masa yg sama, datang 2 orang lelaki yg mampu menggetarkan jiwa aku ni? Tolonglah ya Allah.. Aku tak mahu perasaan ini menyeksa hati aku. Ya Allah, x mungkin aku dapat memiliki kedu-duanya, tapi ya Allah, berikanlah yg terbaik untuk aku 1 hari nanti. Hanya padamu aku meminta.
Ya Allah, kalau dia ( yg disini) adalah untuk aku, peliharalah dia ya Allah. Tetapkanlah imannya, kuatkanlah akidahnya, tundukkanlah pandangannya, selamatkanlah dia dr fitnah dunia. Begitu juga aku, lindungilah aku dari perkara2 yg melalaikan. Kerana dia ada di depan mataku setiap hari.
Tetapi ya Allah, kalau dia (yg disana) adalah untuk aku, tunjukkanlah kebenarannya suatu hari nanti. Ya Allah, dia telah pun menyuarakan isi hatinya, namun aku cuma belum mampu untuk mengatakan yg sama kerana aku tidak mahu ada hati yg terluka kerana aku. Dan juga aku tidak mahu mengakui terlalu awal kerana belum tiba masanya. Aku mahukan lelaki untuk dijadikan suami, bukan kekasih. Aku tidak mahu bercouple lagi. Ya Allah, jika dia untukku, tunjukkanlah jalannya, mudahkanlah urusannya. Tetapi Ya Allah, jika dia bukan untukku, luputkanlah dia dr ingatanku kerana ada insan lain yg sedang menantinya. Aku tidak sanggup melukakan hati lain demi kepentingan diriku sendiri. Dan yg pasti, keputusannya tempoh hari membuat jantungku seperti mahu berhenti bernafas. Aku kecewa, aku sedih. Tapi aku x mampu menghalangnya.Ya Allah, kalau dia untukku, simpan dia Ya Allah. Simpan dia untuk aku. Jika tidak, kau restuilah dia dgn keputusannya itu. Berkatilah dia, dan aku hanya mampu berdoa dan mengikhlaskannya. Amin..
Kepada Dia dan Dia, maafkan aku kerana menempatkan kamu berdua dalam hatiku dalam masa yg sama. Ini tidak pernah ku pinta akan terjadi.
# berdasarkan kisah benar..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment