#PageList1 h2, #Pagelist2 h2{ display:none;} -->

♥ diaryloveila ♥

 Cute Silent Reader {s}
videokeman mp3
A Thousand Years – Christina Perri Song Lyrics

♥ NORAZILA BT RAMLAN ♥ 22 YEARS OLD ♥ love PINK ♥ taken by ABDUL HADI ♥ Uitm ♥ BSc.Hons.Fodservice Management

Muntah Sini !!!

Followers

Blog Archive

  • ▼  2012 (9)
    • ▼  June (3)
      • Aku Tak Mampu Membenci Mereka..
      • Mengapa harus ada Dia dan Dia ?
      • Assalamualaikum Bakal Imamku..
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (7)
    • ►  December (7)

Blogger news

Powered by Blogger.

Saturday, 16 June 2012

Aku Tak Mampu Membenci Mereka..

Posted by diaryloveila at 09:00 0 comments


Biar apa pun orang buat pada aku, aku tetap akan sabar. InsyaAllah, aku xkan membenci mereka kerana aku yakin janji Allah itu pasti. Ya, aku yakin dan aku percaya..

Kpd mereka yg pernah menyakiti aku, secara ikhlasnya aku maafkan kamu semua. Sungguh, aku ikhlaskan walau apepun yg pernah kamu buat pada aku. Maaf kerana aku menulis disini, bkn niatku untuk bgtaw semua orang, tp sekadar meluahkan isi hati aku. Dgn coretan ini, sedikit sebanyak lukaku kan terubat. Ye, walaupun luka itu dalam dan teramat pedih, namun  aku yakin, aku cukup kuat untuk lalui semua ini. Allah xkan turunka ujian yg umatnya x mampu nk hadapi, kan? Lg berat ujian tu, brmkna Allah sygkan aku. Alhamdulillah :)

Disini juga aku ingin memohon maaf sekiranya aku selalu menyakiti kamu semua, tanpa aku sedar, mugkin itu balasab buatku juga. Aku mohon kamu pun maafkan segala silap salah aku pd kamu. Aku sayang semua kawan2 aku. 

Aku tidak tahu kenapa aku begitu mudah menyayangi seseorang. M ugkin kerana hati aku mudah lembut pada kebaikan, meskipun kadang2 kebaikan itu hanya palsu. Aku tidak tahu. Tetapi, jika benar segala kebaikan yg pernah kau beri pd aku itu palsu, aku redha. Biarlah Allah yg menilainya,aku tiada hak unutk menilai kamu.

Kepada kamu yg aku maksudkan, aku harap kamu membaca entry ini. Untuk kamu tahu dan mengerti bahawa aku sgt2 terluka dgn permainan kamu selama ini. Aku  mengaku yg aku terlalu mudah percayakan orang, kerana bg aku, seorang sahabat xkn menipu sahabatnya sendiri. Menipu demi kebaikan itu diharuskan, tetapi jika menyebut soal hati dan perasaan, itu sgt menyakitkan aku wahai sahabat. 

Jika benar apa yg kau lakukan selama ini hanyalah untk mempermainkan hati aku, tahniah, kamu sudah berjaya. Mungkin ini yg kamu tunggu2 selama ni. Salam pekenalan aku sambut dgn ikhlas, tapi kau hancurkan semuanya dgn janji2 palsu. Tidak mengapa, mungkin kamu tidak cukup matang untuk berfikir, tidak cukup waras untuk membuat keputusan. Jadi dgn cara ini kamu lukakan aku.

Aku terima, aku sabar, aku ikhlas, dan aku doakan kau berbahagia dgn hidup kau. Hidup yg penuh kepuasan setelah ada hati yg kau sakiti. Tidak perlu kau cari aku lagi untuk meminta maaf, kerana aku seudah pun memaafkan..

Biar orang buat kita, jgn kita buat org. Pesanan yg cukup bermakana, dan akan aku kenang sampai bila2.. Terima kasih, sahabat :)

Friday, 15 June 2012

Mengapa harus ada Dia dan Dia ?

Posted by diaryloveila at 18:33 0 comments


Kenapa hati aku tak tenang bila dpt berita tu ? Puas aku nafikan yg aku x kisah, aku x peduli, aku baik2 saja, tapi kenapa jauh di sudut hati aku, aku rasa takut yg teramat. Takut kehilangan sesuatu yg sgt bermakna bg aku. Sesuatu ? Bukan, bukan sesuatu tapi seseorang. Ya Allah, tenangkan lah hati aku ini. 


Wahai hati, kenapa kau perlu ada perasaan mcm ni ? Kenapa kau berharap pd sesuatu yg x pasti akan jd milik kau ? Kenapa? Hati, berhentilah menyeksa aku. Perasaan aku berbelah bagi. Ya Allah, knp dalam masa yg sama, datang 2 orang lelaki yg mampu menggetarkan jiwa aku ni? Tolonglah ya Allah.. Aku tak mahu perasaan ini menyeksa hati aku. Ya Allah, x mungkin aku dapat memiliki kedu-duanya, tapi ya Allah, berikanlah yg terbaik untuk aku 1 hari nanti. Hanya padamu aku meminta. 


Ya Allah, kalau dia ( yg disini) adalah untuk aku, peliharalah dia ya Allah. Tetapkanlah imannya, kuatkanlah akidahnya, tundukkanlah pandangannya, selamatkanlah dia dr fitnah dunia. Begitu juga aku, lindungilah aku dari perkara2 yg melalaikan. Kerana dia ada di depan mataku setiap hari. 


Tetapi ya Allah, kalau dia (yg disana) adalah untuk aku, tunjukkanlah kebenarannya suatu hari nanti. Ya Allah, dia telah pun menyuarakan isi hatinya, namun aku cuma belum mampu untuk mengatakan yg sama kerana aku tidak mahu ada hati yg terluka kerana aku. Dan juga aku tidak mahu mengakui terlalu awal kerana belum tiba masanya. Aku mahukan lelaki untuk dijadikan suami, bukan kekasih. Aku tidak mahu bercouple lagi. Ya Allah, jika dia untukku, tunjukkanlah jalannya, mudahkanlah urusannya. Tetapi Ya Allah, jika dia bukan untukku, luputkanlah dia dr ingatanku kerana ada insan lain yg sedang menantinya. Aku tidak sanggup melukakan hati lain demi kepentingan diriku sendiri. Dan yg pasti, keputusannya tempoh hari membuat jantungku seperti mahu berhenti bernafas. Aku kecewa, aku sedih. Tapi aku x mampu menghalangnya.Ya Allah, kalau dia untukku, simpan dia Ya Allah. Simpan dia untuk aku. Jika tidak, kau restuilah dia dgn keputusannya itu. Berkatilah dia, dan aku hanya mampu berdoa dan mengikhlaskannya. Amin..


Kepada Dia dan Dia, maafkan aku kerana menempatkan kamu berdua dalam hatiku dalam masa yg sama. Ini tidak pernah ku pinta akan terjadi. 










# berdasarkan kisah benar..

Thursday, 7 June 2012

Assalamualaikum Bakal Imamku..

Posted by diaryloveila at 00:16 0 comments
Assalamualaikum..


Buat Bakal Imamku..





Aku tidak pernah tahu siapa kamu, bakal imamku. Kita mungkin sudah berjumpa, pernah berselisih, memang berkawan,sudah terpisah jauh, atau mungkin saja akan berkenalan satu hari nanti.Tapi yang pasti, itu semua sudah ditetapkan untuk kita, tunggu lah dengan tenang, wahai bakal imamku. Percayalah pada ketetapan-Nya, yang sudah dijanjikan pada semua umat-Nya. 

Kalau saja kita bertemu, dan ada rasa indah dihati masing-masing, jangan terburu-buru mengajak aku bercinta, jangan memaksa aku untuk punya hubungan istimewa dengan kamu, hanya kerana kamu punya perasaan itu pada aku. Jangan terus-terusan mengejar, kerana pastinya akan ku tolak, dan kalau itu terjadi, jangan disalahkan aku kerana aku sudah memberi kamu petanda sejak awal. 


Aku tahu, kamu mungkin mengajak aku bercinta, dengan alasan untuk memberi peluang kepada kita untuk lebih mengenali hati budi masing-masing. Tapi aku sebenarnya takut untuk bercinta, sungguh aku tak tipu. Maka jangan dipaksa-paksa aku untuk menunaikan permintaan kamu itu. Aku bimbang, perasaan itu akan bertukar, kerana sungguh, aku tidak suka dipaksa-paksa begitu. Bakal imamku, kamu juga tahu kan, tidak manis untuk kita bercinta, tanpa ikatan perkahwinan. Maka hormatilah apa yang ditekankan Islam, kerana itulah sebaik-baik untuk umat-Nya. 


Cinta itu bagi aku, satu jalan yang membawa aku ke arah perkahwinan. Dan untuk berkahwin, bukanlah semudah yang kamu sangkakan. Kalau saja saat itu tiba, dikala aku masih tercari-cari arah masa depanku, berilah ruang dan masa untuk aku mencorakkannya, biarkan aku melangsaikan perkara-perkara penting dalam hidup aku terlebih dahulu. Berilah aku peluang untuk membalas jasa mereka yang banyak berbakti sepanjang membesarkan aku selama ini, dan biarkan aku mencari lebih kebaikan dalam diriku, sebelum aku menjadi yang sah buat kamu. Bukannya aku takut pada komitmen seperti itu, tapi bukankah lebih baik aku bersedia menjadi yang terbaik, dan insyaAllah, aku akan memberi yang terbaik dalam perkahwinan itu. Usai saja semua itu, aku janji, aku sudah bersedia untuk menjadi yang sah untuk kamu. 


Kalau ditakdirkan kita berjumpa, dan hati aku yakin, kamulah jodohku, dan kamu juga ada rasa yang sama. Bersabarlah, dan berdoalah selalu, agar jodoh itu dipermudahkan jalannya. Kalau keadaan memaksa kita berjauhan dan tidak berhubung, bersabarlah, kerana itu lebih baik daripada menjadi seperti yang lain, yang mana itu mungkin mengundang fitnah dan sangka buruk orang pada kita. Kamu juga tahu kan, hubungan tanpa perkahwinan itu, sentiasa menjadi buah mulut orang, padahal kita punya keluarga, yang perlu kita jaga maruah mereka. Satu hal yang perlu kamu tahu, aku memang pernah bercinta sebelum ini, dan aku tahu itu satu kesalahan, dan di masa akan datang, akan ku cuba untuk mengelakkannya, dan menyerahkan segala-Nya pada tuhanku. 


Bakal imamku, percayalah pada jodoh, bahawa hari itu akan tiba juga nanti. Disaat aku menjadi yang sah untuk kamu, berjanjilah, ikatan itu terjalin kerana kamu mahu membimbing aku ke jalan-Nya, menjadi imamku dikala kita solat berjemaah, menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab, dan tetap menjadi muslimin yang setia pada agama-Nya. Dana aku pula berjanji, akan menjadi suri hati kamu yang setia dan taat pada kamu, menjaga kebajikan kamu, dan menjadi muslimah yang lebih baik, InsyaAllah. 


Satu hari nanti, kita pasti berjumpa, dan memetrai ikatan perkahwinan itu. InsyaAllah.Maka, tunggulah hari itu. Itu saja yang mampu aku coretkan, untuk kamu. 


Aku setia menunggumu wahai bakal imamku..
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
 

♥ diaryloveila ♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review